Latar Belakang Syarikat

Kota Naim Express adalah sebuah syarikat baru yang dimiliki oleh pemilik yang asalnya mempunyai syarikat persiaran di Kelantan. Kota Naim Express dimiliki oleh syarikat Waja Rantau Sdn Bhd yang dibawah naungan dua orang pengarah syarikat. Kota Naim Express ini salah satu pengendali bas yang giat menyediakan perkhidmatan bas dari Pantai Timur iaitu Kelantan ke Lembah Klang. Kota Naim Express mengendalikan bas ekspres yang diselenggara dengan baik dengan laluan basnya berjalan ke beberapa destinasi popular di Semenanjung Malaysia. Bas tersebut kebanyakannya berlepas dari Kelantan kerana pengendalinya berpangkalan di Kelantan dan mereka mempunyai tiga kaunter tiket di kawasan Lembah Klang, seperti Greenwood, Kajang, dan Seremban di mana penumpang boleh membeli tiket mereka di kaunter selain dari membeli tiket di atas talian. Kota Naim Express mengekalkan dan meningkatkan tahap perkhidmatan mereka supaya lebih ramai penumpang akan melakukan perjalanan bersama syarikat itu. Dengan kemudahan yang selesa digunakan untuk mengangkut penumpang ke pelbagai destinasi, syarikat itu memberi jaminan kepada pelancong untuk tiba dengan selamat di destinasi.

NAMA SYARIKAT:
WAJA RANTAU SDN BHD

NO 95, PANCHOR, PENGKALAN CHEPA
16100 KOTA BHARU , KELANTAN
( BERHADAPAN PASTI AL-ARSHARDI PANCHOR)

No Tel : 016-9434366
Email : [email protected] & [email protected]